HomeUtamaOp Tapis: Tiga ditahan, syabu dirampas

Op Tapis: Tiga ditahan, syabu dirampas

Read Time:1 Minute, 27 Second

TAWAU: Dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing ditahan bersama dadah disyaki syabu seberat keseluruhan 5.33 gram dalam tiga serbuan berasingan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Rosdi Mat Jusoh, berkata ketiga-tiga serbuan menerusi Op Tapis itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Katanya, tangkapan pertama dilakukan kira-kira jam 12.05 tengah malam di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Icebox, membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek menyerahkan satu paket plastik lutsinar mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.10 gram.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, kira-kira jam 12.10 tengah malam, pasukan serbuan meneruskan operasi di tepi jalan Kampung Icebox sebelum menahan seorang lagi lelaki tempatan berusia 47 tahun yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek kedua menyerahkan satu paket plastik lutsinar mengandungi bahan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.08 gram dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam, polis melakukan serbuan di tepi Jalan Kampung Batu 4, Jalan Apas, sebelum menahan seorang wanita warga asing berusia lingkungan 20-an.

“Suspek ketiga dipercayai memiliki dadah jenis syabu seberat 5.15 gram dan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Jelasnya, keseluruhan tiga serbuan berkenaan membawa kepada rampasan dadah disyaki jenis syabu seberat 5.33 gram.

Rosdi berkata, polis akan terus mempergiatkan operasi membanteras dadah dan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana individu yang terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan mahupun pengedaran bahan terlarang itu bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

RELATED ARTICLES
Utama

Beaufort disasar jadi hab pengeluaran udang di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular