HomeUtamaTujuh individu direman berhubung sindiket import ayam sejuk beku

Tujuh individu direman berhubung sindiket import ayam sejuk beku

Read Time:45 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Tujuh individu termasuk empat penjawat awam direman bagi membantu siasatan berhubung sindiket mengimport ayam sejuk beku secara tidak sah menerusi sebuah pelabuhan di Sabah.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 15 Ogos ini dikeluarkan Majistret Marilyn Kelvin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, pagi tadi.

Semua suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah bagi melepaskan ayam sejuk beku yang diimport tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa.

Terdahulu, menerusi ‘Op Chick’ yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sabah, semalam, sebanyak 10 kontena ayam sejuk beku disita.

Kontena berkenaan dipercayai membawa ayam sejuk beku yang diimport secara tidak sah dari China dan Poland.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman dalam satu kenyataan mengesahkan penahanan dan reman semua suspek berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

RELATED ARTICLES
Utama

SUKMA XXII : Sabah perlu bangkit, wajib menang ke atas Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular