HomeUtamaPolis bebas tuduhan terima rasuah RM500

Polis bebas tuduhan terima rasuah RM500

Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh J Evachel John

LABUAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tuduhan rasuah, lapan tahun lalu.

Hakim Dr Nur Ashikin Mokhtar membuat keputusan itu tanpa memanggil Sahbudin Burhanuddin, 43, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Sahbudin sebagai ejen Kerajaan Malaysia, iaitu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat koperal didakwa cuba memperoleh suapan wang tunai RM500 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan yang melanggar syarat sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 Julai 2018, jam 9 pagi di Simpang Telaga 9, Kampung Bukit Kalam, Labuan.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, peruntukan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 14 April lalu, pihak pendakwaan memanggil 12 saksi untuk memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Joe Randy manakala Sahbudin diwakili peguam Mohamad Syazwan Shah dan Nigel Neong Kaning.

RELATED ARTICLES
Utama

JANS digesa lebih proaktif tangani gangguan air di Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular