HomeUtamaEmpat lelaki dipenjara lapan bulan ceroboh, tebang pokok di Santuari Hidupan Liar...

Empat lelaki dipenjara lapan bulan ceroboh, tebang pokok di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

Read Time:53 Second

SANDAKAN: Empat lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menebang pokok dan menceroboh kawasan Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan.

Keempat-empat tertuduh, Nasir Abdullah, Parihin Ariffin, Arif Ariffin dan Firman Tompo, yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslinda Razali, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, pada kira-kira jam 11.31 pagi, Selasa lalu, di Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan Lot 4, kesemua tertuduh didapati menebang pokok dalam kawasan berkenaan tanpa kebenaran yang sah.

Bagi pertuduhan kedua, pada waktu dan tempat sama, mereka didapati menceroboh kawasan berkenaan.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(1)(a) dan Seksyen 15(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 17(3), Subseksyen 15(4) serta Seksyen 96(7) enakmen sama.

Mahkamah turut memerintahkan supaya keempat-empat tertuduh diserahkan kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman penjara untuk tindakan selanjutnya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar (JHL), Primus Lambut, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

Jerebu: 10 Kawasan Catat Ipu Tidak Sihat, Serian Catat Bacaan 182

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular