HomeUtamaKongres Nasional Keadilan 2026: Suara Veteran, OKU, Orang Asal & Borneo Diberi...

Kongres Nasional Keadilan 2026: Suara Veteran, OKU, Orang Asal & Borneo Diberi Ruang Khas

Read Time:1 Minute, 21 Second

​MELAKA: Penganjuran Kongres Nasional Keadilan 2026 kali ini menyaksikan pendekatan lebih inklusif apabila memperuntukkan empat ruang perbahasan khas buat golongan veteran, Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asal serta wakil dari Borneo.

​Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh berkata, penambahan empat kategori baharu itu merupakan perintis bagi memastikan wacana perbahasan parti tidak hanya tertumpu kepada perwakilan mengikut negeri semata-mata, sebaliknya merangkumi semua spektrum keanggotaan parti.

​Menurut beliau, selain 14 perwakilan dari negeri-negeri yang bertindak sebagai pembahas utama, kehadiran empat kategori khas ini akan melengkapkan penyampaian aspirasi akar umbi sepanjang persidangan berlangsung.

​”Usul Ucapan Dasar Presiden dan empat usul daripada MPP akan terbuka untuk dibahas oleh wakil-wakil daripada 14 negeri.

“Namun, tahun ini kita tambah empat lagi wakil untuk berbahas iaitu kategori veteran, kategori minoriti OKU, kategori Orang Asal dan keempat ialah kategori wakil Borneo,” katanya.

​Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Kongres Nasional Keadilan 2026 bertemakan ‘Memugar Reformasi, Membina Madani’ di sini pada Jumaat.

​Mengulas lanjut agenda persidangan, Fuziah menjelaskan bahawa para pembahas akan menumpukan perhatian kepada usul Ucapan Dasar Presiden serta empat usul strategik yang digubal oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

​Empat usul MPP berkenaan merangkumi Usul Ekonomi dan Kestabilan Politik, Usul Kesihatan, Usul Perpaduan Membina Masyarakat Malaysia yang Harmoni serta Usul Memperkasa Parti.

​”Memugar itu bermaksud ‘rejuvenate’. Ia bukan sekadar mengimbau roh perjuangan, tetapi menjadi asas kepada penubuhan parti.

“Kita akan gunakan masa tiga hari ini untuk menaikkan dan memperkukuh semangat perjuangan dalam kalangan perwakilan serta pemerhati,” jelasnya.

​Kongres edisi kali ini dijangka menghimpunkan seramai 2,594 perwakilan yang layak serta lebih 1,700 pemerhati berdaftar, selain turut dihadiri oleh wakil dari 25 kedutaan asing.

RELATED ARTICLES
Utama

KPDN Tawau sita lima tong gas LPG tanpa permit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular