KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II Sabah merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, menerima kunjungan hormat daripada Energy China yang diwakili Naib Presiden CEIG (Malaysia), Yingfei Huang, di pejabatnya di sini, hari ini.
Dalam kunjungan itu, Masidi turut diberi taklimat mengenai perkembangan semasa, aktiviti serta perancangan Energy China di Sabah.
Masidi menzahirkan penghargaan atas kunjungan berkenaan dan menyambut baik usaha Energy China meneroka peluang pelaburan yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri.
Beliau berharap kerjasama dan penerokaan peluang pelaburan itu dapat memberi manfaat kepada Sabah serta memperkukuh hubungan ekonomi antara kedua-dua pihak.



