HomeUtamaRayuan kes dadah dibenarkan, hukuman penjara warga asing dikurangkan kepada 12 tahun

Rayuan kes dadah dibenarkan, hukuman penjara warga asing dikurangkan kepada 12 tahun

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini mengurangkan hukuman penjara daripada 30 tahun kepada 12 tahun terhadap seorang warga asing atas kesalahan dadah.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azhahari Kamal Ramli, Datin Paduka Evrol Mariette Peters dan Datuk Leonard David Shim sebulat suara menjatuhkan hukuman itu terhadap Talib Akmad selepas membenarkan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada tahun 2024.

Mahkamah mengetepikan sabitan mengedar dadah terhadap Talib dan menggantikannya dengan sabitan memiliki dadah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama.

Mahkamah tidak mengenakan hukuman sebatan terhadap Talib berikutan faktor usia dan memerintahkan hukuman penjara 12 tahun itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 5 Januari 2022.

Pada 15 Februari 2024, Talib didapati bersalah mengedar 171.2 gram syabu di Kampung Air, Lahad Datu pada 5 Januari 2022 dan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun berkuat kuasa dari tarikh tangkap.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah boleh dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Talib diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan, manakala Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli mewakili responden.

RELATED ARTICLES
Utama

24 tahanan PATI dihantar pulang ke negara asal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular