HomeUtama24 tahanan PATI dihantar pulang ke negara asal

24 tahanan PATI dihantar pulang ke negara asal

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Seramai 24 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga China, Pakistan dan Filipina dihantar pulang ke negara asal masing-masing menerusi laluan udara, baru-baru ini.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah dalam kenyataan berkata, pemindahan pada 19 Ogos membabitkan 17 lelaki dewasa warga China dari Depot Imigresen Kota Kinabalu.

Kesemua mereka diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menerusi penerbangan terus ke Chongqing, China.

Sementara itu, Depot Imigresen Tawau melaksanakan pemindahan lima lelaki dewasa warga Pakistan pada 18 Ogos menerusi Lapangan Terbang Tawau. Mereka transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Lahore, Pakistan.

Dalam masa yang sama, Depot Imigresen Tawau turut melaksanakan pemindahan dua lelaki dewasa warga Filipina ke negara asal menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan penerbangan terus ke Manila, Filipina.

Menurut JIM Sabah, sehingga 19 Ogos, seramai 4,604 tahanan PATI warga asing telah berjaya dihantar pulang ke negara asal.

Daripada jumlah itu, kenyataan berkenaan menyatakan 3,006 adalah warga Filipina, 1,334 warga Indonesia, 118 warga Pakistan dan 109 warga China.

Kesemua tahanan PATI telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan serta mempunyai dokumen perjalanan (TD) yang sah bagi melayakkan mereka mengikuti proses pemindahan tahanan ke negara asal.

JIM Sabah turut menyeru semua pihak supaya lebih peka terhadap persekitaran dalam komuniti, tidak bersekongkol melindungi atau menggaji PATI serta segera melaporkan kegiatan berkaitan kepada saluran rasmi jabatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Peniaga dikompaun guna alat timbang tamat tempoh tentusah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular