HomeUtamaSambutan HKHS 2026 di Dataran Bandaraya meriah, lebih 170 kontinjen sertai perarakan

Sambutan HKHS 2026 di Dataran Bandaraya meriah, lebih 170 kontinjen sertai perarakan

Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh Erdie Ab Wahid
Foto Alexter Rosalia

KOTA KINABALU : Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah (HKHS) 2026 berjalan lancar dengan kehadiran kira-kira 50,000 orang pengunjung termasuk peserta perbarisan yang berlangsung di Dataran Bandaraya di sini pada Isnin.

Orang ramai terdiri dari pelbagai lapisan bangsa dan agama hadir seawal jam 5.30 pagi bagi menyaksikan lebih 170 kontinjen yang menyertai perarakan perbarisan termasuk aset dan kenderaan daripada pelbagai agensi.

Acara hari ini bermula dengan ketibaan pembesar negeri termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag; Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun; Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Ewon Benedick.

Sambutan secara rasmi bermula dengan ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin dengan menaik kenderaan rasmi sekitar jam 7.30 pagi.

Ketibaan Tun Musa disambut Hajiji dan Masidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HKHS sebelum acara dimulakan dengan pemeriksaan kawalan keselamatan.

Tun Musa memeriksa kawalan kehormatan utama yang membabitkan 103 anggota dan tiga pegawai dari Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu DiRaja yang diketuai Mejar Mohd Aznil Farid Mohd Rozlan.

Sejurus selepas itu, upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Sabah dan diikuti bacaan bacaan ikrar yang dilaksanakan oleh wakil-wakil anggota beruniform yang diketuai Kapten Mohd Naim Abdul Razak

Selepas itu, turut diadakan adalah persembahan koir daripada Kementerian Kewangan yang turut membawa empat buah lagu  sebelum perarakan dimulakan

Perarakan dimulakan dengan perarakan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah yang dianggotai oleh Tentera Darat Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Selepas itu, ianya diikuti perarakan daripada pasukan keselamatan, badan beruniform, kementerian negeri, sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Turut menyertai perbarisan ialah kontinjen mewakili persatuan kebudayaan etnik, badan bukan kerajaan. (NGO) dan sektor swasta.

Selesai perarakan, persembahan khas dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah turut menjadi tumpuan sebelum sambutan berakhir. SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Premis makanan laut di Labuan dikompaun gagal pamer harga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular