HomeUtamaPM Anwar santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM Anwar santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

Read Time:55 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi menyantuni mangsa kebakaran Kampung Numbak di Dewan Serbaguna Damai, di sini.

Anwar yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tiba kira-kira jam 1.30 petang dan meluangkan masa hampir 20 minit bertemu mangsa yang terjejas akibat kebakaran berkenaan.

Sebaik tiba, Perdana Menteri bersalaman dengan mangsa sebelum menerima taklimat daripada Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berhubung keadaan serta keperluan mereka.

Beliau kemudiannya menyampaikan sumbangan khas secara simbolik kepada beberapa wakil ketua isi rumah yang terkesan dalam kebakaran itu.

Dalam program berkenaan, seramai 111 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas menerima sumbangan khas kewangan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1,500 setiap keluarga.

Daripada jumlah itu, RM500 disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, manakala RM1,000 lagi disalurkan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Mangsa turut menerima bakul makanan yang disediakan NADMA bagi membantu meringankan beban mereka susulan kejadian kebakaran.

Lawatan berkenaan merupakan antara pengisian terakhir lawatan kerja Perdana Menteri ke Sabah sebelum beliau mengakhiri kunjungannya ke negeri ini hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

MA63 perlu dijadikan naratif nasional – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular