HomeUtamaBapa bebas tiga pertuduhan amang seksual anak kandung

Bapa bebas tiga pertuduhan amang seksual anak kandung

Read Time:48 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya, lima tahun lalu.

Hakim Marlina Ibrahim membuat keputusan itu terhadap tertuduh selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah bilik di sebuah rumah dalam daerah Beaufort antara 1 hingga 3 September 2019, jam 9 malam hingga 5 pagi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Seksyen 16(1) pula memperuntukkan hukuman tambahan penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak kurang dua kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim, manakala tertuduh diwakili peguam Jason Chin dan Beverly Ivy.

RELATED ARTICLES
Utama

Najib diberi pengampunan bersyarat, jalani baki hukuman di rumah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular