HomeUtamaHajiji terima kunjungan hormat JTK Sabah, KKCCCI

Hajiji terima kunjungan hormat JTK Sabah, KKCCCI

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menerima kunjungan hormat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Kunjungan hormat JTK Sabah diketuai Pengarah baharunya, Mohd Nizar Zakaria, yang memperkenalkan diri kepada Ketua Menteri, selain memaklumkan perkembangan semasa serta aktiviti yang dilaksanakan jabatan berkenaan, khususnya berkaitan isu tenaga kerja dan perburuhan di Sabah.

Turut menyertai rombongan ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Nor Zulhilmie Mohd Salleh; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Standard Perburuhan, Augustine Wong Ming Kong; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat dan Perundangan, Morian Paidal; Ketua Penolong Pengarah (KUP) Bahagian Standard Perburuhan, Asriyah Abdul Hafid; serta Penolong Pengarah Tenaga Kerja Bahagian Pekerja Bukan Pemastautin, Leticia Ranchye Joseph.

Dalam kunjungan berasingan, Hajiji turut menerima kunjungan hormat KKCCCI yang diketuai Presidennya, Datuk Michael Lui Yen Sang.

Turut menyertai rombongan ialah Setiausaha Agung Kehormat Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Bersatu Sabah (SUCCC), Datuk Yong Hen Vui @ Paul; Naib Presiden KKCCCI, Andy Lim Chen Kwong; Setiausaha Agung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Yee That Hian; Ahli Jawatankuasa Kecil, Elvin Chang Cheun Yong; serta Setiausaha Eksekutif, Yohanes Imo Chong.

Dalam pertemuan itu, kepimpinan KKCCCI memaklumkan kepada Ketua Menteri mengenai penganjuran “The Economic Outlook Forum 2027” yang dijadual berlangsung pada 15 Januari 2027.

KKCCCI turut menyampaikan jemputan kepada Hajiji sebagai tetamu kehormat forum berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan STEM perlu terus diperkasa lahir bakat berkemahiran tinggi – Masidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular