HomeUtamaPenunggang motosikal maut langgar, rempuh motokar

Penunggang motosikal maut langgar, rempuh motokar

Read Time:1 Minute, 0 Second

PENAMPANG: Seorang penunggang motosikal lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bulatan dan merempuh sebuah motokar di Bulatan Pavilion, Jalan Bundusan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 malam pada 10 Oktober lalu, membabitkan sebuah motosikal dan motokar yang dipandu lelaki tempatan berusia 48 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal yang datang dari arah lampu isyarat KDCA dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bulatan dan merempuh bahagian kanan motokar berkenaan.

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni, menerusi talian 019-809 5133 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sammy turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan berhati-hati ketika memandu, khususnya di kawasan bulatan pada waktu malam.

“Orang ramai juga diminta tidak menyebarkan gambar atau klip video berkaitan kemalangan itu bagi menjaga sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hari Kesihatan 2026 terima sambutan menggalakkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular