HomeUtamaKualiti udara di Tawau tidak sihat, catat IPU 154

Kualiti udara di Tawau tidak sihat, catat IPU 154

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Tawau mencatat bacaan 154 pada jam 9 pagi pada Selasa, sekali gus berada pada tahap tidak sihat.

Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman sesawang memaklumkan, bacaan IPU di beberapa lokasi di Sabah pada masa berkenaan berada pada tahap sederhana, dengan bacaan antara 57 hingga 85.

Tawau merekodkan bacaan tertinggi iaitu 154, manakala Sandakan mencatat 85.

Beberapa lokasi lain di Sabah masing-masing merekodkan bacaan 76 di Keningau: Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dengan bacaan 61; Kota Kinabalu dan Kimanis masing-masing merekodkan bacaan 57 iaitu dalam keadaan IPU sederhana.

Mengikut kategori IPU, bacaan 0 hingga 50 berada pada tahap baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Keadaan IPU pada tahap tidak sihat boleh memberi kesan terutama kepada golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan dan jantung.

Orang ramai khususnya di kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat disaran mengurangkan aktiviti luar yang berpanjangan dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai kualiti udara daripada pihak berkuasa.

Bacaan IPU boleh berubah mengikut keadaan cuaca, arah dan kelajuan angin serta faktor lain yang mempengaruhi kepekatan bahan pencemar di udara.

RELATED ARTICLES
Utama

Tekanan media sosial boleh jejas kesejahteraan emosi, kesihatan mental

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular