HomeUtamaTawau diisytihar kawasan bencana banjir

Tawau diisytihar kawasan bencana banjir

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Daerah Tawau pagi ini diisytiharkan sebagai kawasan bencan banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Pengisytiharan itu dibuat Presiden Majlis Perbandaran Tawau Mohd Shoffian Mohd Said pada jam 8.30 pagi tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Tawau,” menurut kenyataan itu di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tawau memaklumkan, pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir awal pagi ini turut dijalankan susulan hujan lebat berterusan yang melanda daerah itu sejak awal pagi.

Operasi pemantauan yang bermula pada jam 3.55 pagi melibatkan empat anggota digerakkan ke beberapa lokasi hotspot banjir bagi menilai keadaan semasa serta memastikan keselamatan penduduk sentiasa terpelihara.

Menurut sekretariat itu, tiada jalan dinaiki air atau terputus, selain tiada kampung yang terputus hubungan akibat cuaca buruk.

Setakat ini juga, tiada pusat transit atau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka kerana keadaan masih terkawal dan tiada mangsa yang perlu dipindahkan.

Orang ramai khususnya penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mengikuti arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku perubahan cuaca atau peningkatan paras air.

RELATED ARTICLES
Utama

BICAM lancar Inisiatif Mediasi Pro Bono, perluas akses kepada keadilan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular