HomeUtamaImpak Krisis Bekalan Global Dirasai Semua,Inisiatif Kerajaan Dilihat Ringankan Tekanan Kos Sara...

Impak Krisis Bekalan Global Dirasai Semua,Inisiatif Kerajaan Dilihat Ringankan Tekanan Kos Sara Hidup

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Krisis Bekalan global yang berlaku ketika ini memberi kesan kepada rakyat di seluruh dunia, namun pelbagai inisiatif kerajaan dilihat membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup dan memastikan bekalan keperluan kekal terjamin.

Bagi Desmond Qwek, peningkatan harga bahan api antara faktor yang mempengaruhi kenaikan harga barangan, sekali gus memberi cabaran kepada isi rumah.

Bagaimanapun, beliau percaya kerajaan terus berusaha membantu rakyat menerusi pelbagai langkah termasuk subsidi bahan api, kawalan harga serta kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi menangani isu logistik dan bekalan, khususnya di Sabah.

Menurutnya, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah, mengurangkan pergerakan yang tidak perlu serta mengusahakan kebun sendiri bagi meningkatkan tahap sara diri.

Beliau turut menghargai pelbagai bantuan kerajaan seperti biasiswa pendidikan, bantuan tunai, subsidi bersasar, bantuan tambang penerbangan kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di Semenanjung serta penyediaan rumah mampu milik melalui inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ).

Sementara itu, pencipta kandungan bebas, Addnan Sarippuddin, 32, berkata bantuan pendidikan dan bantuan sara hidup yang disediakan kerajaan banyak membantu meringankan beban golongan muda, khususnya pelajar dan mereka yang memerlukan.

Beliau berkata, bekalan makanan dan barangan keperluan di kawasan tempat tinggalnya masih mencukupi dan mudah diperoleh hasil pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan.

Addnan turut menyifatkan kempen kebun dapur sebagai pendekatan praktikal untuk mengurangkan kebergantungan kepada bekalan luar, selain menggalakkan orang ramai mengutamakan pembelian produk tempatan bagi menyokong usahawan serta merancakkan ekonomi komuniti.

RELATED ARTICLES
Utama

Sukan tahunan sekolah pupuk semangat kesukanan, perpaduan dan cungkil bakat murid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular