Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Lima individu, termasuk empat pemilik syarikat, didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berhubung tuntutan insentif Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Tertuduh ialah Pausia Abu, 49; Arzeanti Jafar, 40; Nur Farhanah Jamil, 38; Mohd Azhar Ramali, 39; serta seorang eksekutif pemasaran, Foo Fong Kent, 31.
Kesemua mereka masing-masing mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Andi Razalijaya A. Dadi.
Foo berdepan tiga pertuduhan, Pausia dan Mohd Azhar masing-masing dua pertuduhan, manakala Arzeanti dan Nur Farhanah masing-masing satu pertuduhan.
BERITA LANJUT MENYUSUL….



