HomeUtamaPKR Beri Cuti Sementara Kepada Nurul Izzah, Saifuddin Memangku Tugas Timbalan Presiden

PKR Beri Cuti Sementara Kepada Nurul Izzah, Saifuddin Memangku Tugas Timbalan Presiden

Read Time:1 Minute, 7 Second

KUALA LUMPUR — Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memutuskan untuk memberikan cuti sementara kepada Timbalan Presiden parti, Nurul Izzah Anwar, selepas beliau memohon untuk mengundurkan diri daripada jawatan tersebut.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil, MPP memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendengar pandangan Nurul Izzah serta barisan pimpinan parti.

Menurut kenyataan itu, cuti sementara berkenaan akan berkuat kuasa selepas Kongres Nasional PKR 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Bagi memastikan kelancaran pentadbiran parti, MPP turut memutuskan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, akan menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden secara sementara.

Selain itu, MPP bersetuju supaya jawatan Pengarah Pilihan Raya PKR digalas sepenuhnya oleh Naib Presiden parti, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam perkembangan sama, MPP menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan serta merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera parti yang telah bertungkus-lumus sepanjang kempen kedua-dua pilihan raya berkenaan.

PKR turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Utama Aminuddin Harun atas khidmat beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sepanjang dua penggal lalu.

Kenyataan itu turut memaklumkan Nurul Izzah dijadual merasmikan Kongres Wanita PKR dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 14 Ogos ini.

Sementara itu, MPP meluluskan penyertaan 3,533 anggota baharu yang mendaftar secara dalam talian bagi tempoh 12 Julai hingga Ogos tahun ini. 

RELATED ARTICLES
Utama

Shamsul saman Jufazli, dakwa sebar fitnah di media sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular