HomeUtamaSPRM lumpuh sindiket seludup ayam sejuk beku, disyaki rasuah pegawai pelabuhan

SPRM lumpuh sindiket seludup ayam sejuk beku, disyaki rasuah pegawai pelabuhan

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan sindiket import ayam sejuk beku secara tidak sah di Sabah yang disyaki memberi rasuah kepada pegawai pihak berkuasa di sebuah pelabuhan di negeri ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata operasi menerusi ‘Op Chick’ oleh Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pagi Selasa (10 Ogos), berjaya menyita 10 kontena berisi ayam sejuk beku yang diimport dari China secara tidak sah.

“Berdasarkan siasatan awal, kontena berisi ayam sejuk beku berkenaan diisytiharkan secara tidak benar dan tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.

“Susulan operasi itu, SPRM menahan tiga lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an yang dipercayai berperanan sebagai ejen penghantaran dan pengurus syarikat.

“SPRM juga sedang mengenal pasti individu lain yang dipercayai terlibat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Katanya, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Imigresen Hadkan Tempoh Sah Pasport Maksimum 10 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular