HomeIsu tempatanUMS santuni komuniti luar bandar menerusi SMARTCOM 2.0

UMS santuni komuniti luar bandar menerusi SMARTCOM 2.0

Read Time:1 Minute, 23 Second

MIRI  : Universiti Malaysia Sabah (UMS), menerusi Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM), menyantuni komuniti luar bandar di Kampung Selanyau, Miri, Sarawak menerusi Program Smart Community (SMARTCOM) 2.0 baru-baru ini. 

Menurut kenyataan JAKMAS KKTM, program yang berlangsung selama seminggu itu menjadi platform kerjasama antara institusi pengajian tinggi (IPT), organisasi bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan, kemahiran dan pembangunan komuniti.

Selain mahasiswa UMS, program tersebut turut melibatkan mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pertubuhan Kebajikan Sedulur serta penduduk setempat.

“SMARTCOM 2.0 antara lain bertujuan meningkatkan pengetahuan komuniti mengenai teknologi moden, di samping mewujudkan ruang perkongsian ilmu dan kemahiran antara mahasiswa dengan masyarakat luar bandar.

“Seramai 30 ahli jawatankuasa UMS, 11 wakil UTM, 11 wakil UNIMAS bersama 66 murid Sekolah Kebangsaan Kampung Selanyau, serta kira-kira 50 penduduk kampung terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang program.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pengenalan sistem baja kompos, hidroponik, Explorer Cilik, pemeriksaan gigi, sukaneka, Warna-Warni Komuniti serta aktiviti kebudayaan bersama penduduk kampung,” demikian menurut kenyataan itu. 

Penglibatan siswa UTM melalui aktiviti berkaitan Internet of Things (IoT) dan robotik, selain siswa UNIMAS menerusi aktiviti Explorer Cilik, penghasilan sabun daripada minyak masak terpakai dan pemeriksaan gigi turut memberi pendedahan baharu kepada komuniti dan murid sekolah.

Kerjasama pelbagai pihak itu bukan sahaja membuka peluang kepada masyarakat mendapatkan pengetahuan dan kemahiran baharu, malah memberi ruang kepada mahasiswa mengaplikasikan ilmu melalui aktiviti kesukarelawanan dan interaksi secara langsung dengan komuniti.

Program berkenaan menjadi platform terbaik dalam mengeratkan hubungan antara IPT, NGO dan masyarakat setempat, sekali gus menyokong usaha memperluas manfaat pendidikan dan kemahiran kepada komuniti luar bandar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Bengkel perkasa literasi digital, lahir lebih ramai pencipta kandungan kreatif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular