HomeUtamaWarga asing tawar khidmat seks didenda RM3,500

Warga asing tawar khidmat seks didenda RM3,500

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga China didenda RM3,500 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencari langganan bagi tujuan pelacuran.

Lin Xiangfei, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Mengikut pertuduhan, Lin didapati mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah bilik di pusat refleksologi, Tanjung Aru Plaza pada 6 Ogos lalu, jam 7.20 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan semasa ‘Ops Noda’ yang dijalankan di premis berkenaan. Ketika pemeriksaan, tertuduh ditemukan bersama seorang lelaki dan kondom yang telah digunakan turut ditemukan.

Dalam rayuan mitigasi, peguam Alex Lim yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dengan mengambil kira tertuduh menyesali perbuatannya dan merupakan ibu tunggal yang mempunyai dua anak yang kini dijaga keluarganya di China.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa tertuduh sudah membeli tiket penerbangan untuk pulang ke China pada awal pagi Jumaat.

Timbalan Pendakwa Raya Arfa Anchal Khan yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Mahkamah turut memerintahkan wang tunai yang dirampas dilucut hak kepada kerajaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis bebas tuduhan terima rasuah RM500

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular