HomeSukanSUKMA XXII : Nadher Chan sumbang pingat kedua Sabah

SUKMA XXII : Nadher Chan sumbang pingat kedua Sabah

Read Time:1 Minute, 4 Second

SELANGOR :  Sabah terus mencatat perkembangan positif di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 apabila atlet judo, Nadher Chan Yie Pah, berjaya menghadiahkan pingat gangsa dalam kategori lelaki bawah 66 kilogram (-66kg), hari ini.

Kejayaan atlet berusia 18 tahun dari Putatan itu menyaksikan Sabah menambah satu lagi pingat dalam kutipan awal temasya, sekali gus menjadikan pingat daripada arena judo sebagai pingat kedua buat Kontinjen Sabah setakat ini.

Nadher memulakan saingan dengan langkah meyakinkan apabila berjaya menewaskan wakil Johor dalam pusingan awal sebelum mara ke peringkat separuh akhir bagi kategori tersebut.

Bagaimanapun, cabaran lebih getir menanti di separuh akhir apabila Nadher terpaksa akur dengan kehebatan wakil Sarawak. Kekalahan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk terus memburu tempat di podium.

Masih berpeluang membawa pulang pingat menerusi aksi penentuan gangsa, Nadher bangkit dengan semangat juang yang tinggi apabila turun berdepan wakil Pulau Pinang.

Kesempatan itu dimanfaatkan sebaiknya apabila Nadher berjaya mencatat kemenangan penting untuk mengesahkan pingat gangsa bagi Sabah dalam kategori lelaki -66kg.

Pingat pertama disumbangkan pelumba berbasikal bukit, Brenjen Bon Jacob menerusi acara Downhill Individu Lelaki di Saujana Utama pada Jumaat.

Sambil itu, Sabah dijangka akan mula menuai pingat lebih baik bermula Ahad.

Skuad pencak silat antara yang akan menjadi tumpuan selepas beberapa pesilatnya berjaya melepasi cabaran separuh akhir hari ini. – SABAH MEDIA / FOTO MSN SABAH

RELATED ARTICLES
Sukan

Skuad wanita Sabah harap sokongan penyokong menjelang aksi AWCL 2026

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular