HomeSukanSUKMA XXII : Sabah tempah tiket ke suku akhir futsal lelaki

SUKMA XXII : Sabah tempah tiket ke suku akhir futsal lelaki

Read Time:1 Minute, 32 Second

SUBANG JAYA: Pasukan futsal lelaki Sabah mara ke peringkat suku akhir Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor selepas mengikat tuan rumah dengan keputusan seri 2-2 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Kompleks Belia dan Sukan Selangor, Shah Alam, pada Isnin.

Keputusan itu menyaksikan Sabah muncul juara Kumpulan B untuk melangkah ke kelompok lapan terbaik, manakala Selangor turut mengesahkan tempat ke suku akhir.

Kedua-dua pasukan mengumpul empat mata selepas mengharungi saingan peringkat kumpulan, namun Sabah menduduki tangga teratas berdasarkan kelebihan perbezaan jaringan.

Sabah bermula cemerlang apabila membuka jaringan pada minit kesembilan menerusi Adzman Jiril sebelum Mohammad Taufiq Ahmad menggandakan kelebihan pada minit ke-15 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Bagaimanapun, Selangor tidak mengalah dan bangkit pada separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan.

Muhammad Aidil Zakwan Zaidi merapatkan jurang pada minit ke-23 sebelum Iqbal Hazim Radzi menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-28.

Keputusan 2-2 kekal sehingga wisel penamat sekali gus memastikan Sabah dan Selangor masing-masing mengesahkan tiket ke suku akhir.

Kejayaan itu menyaksikan skuad futsal lelaki Sabah meneruskan cabaran dalam saingan Sukma selepas berjaya mengharungi persaingan sengit dalam Kumpulan B.

Sementara itu, pasukan futsal wanita Sabah tersingkir selepas tewas 1-3 kepada Wilayah Persekutuan dalam aksi terakhir Kumpulan B di Sportiza Batu 3, Shah Alam.

Pertemuan itu menjadi aksi penentuan buat kedua-dua pasukan dalam usaha merebut tempat ke pusingan seterusnya.

Wilayah Persekutuan membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Fatin Damia Muhammad sebelum Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-14 melalui Siti Nur Raini Ahmad.

Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan kembali di depan selepas Sabah melepaskan gol sendiri menerusi Nor Aze Fitriana pada minit ke-18.

Fatin Damia kemudian melengkapkan jaringan keduanya pada minit ke-24 untuk memastikan kemenangan 3-1 buat Wilayah Persekutuan.

Keputusan itu menyaksikan Sabah menamatkan saingan Kumpulan B dengan tiga mata hasil kemenangan ke atas Kelantan sebelum ini. – FOTO MSN SELANGOR

RELATED ARTICLES
Sukan

SUKMA XXII : 16 pemanah Sabah galas cabaran bermula hari ini,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular