HomeUtamaTiga didakwa miliki lebih 8kg racun mitragynine

Tiga didakwa miliki lebih 8kg racun mitragynine

Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Dua lelaki dan seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memiliki racun mitragynine dengan anggaran berat kasar keseluruhan 8,450 gram.

Mitragynine adalah bahan aktif yang terdapat dalam daun pokok ketum (Mitragyna speciosa) dan dikawal sebagai racun di bawah Akta Racun 1952.

Usup Taijeb, 47, Mohammad Nordian Shah, 22, dan Azrina, 27, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Monica Linsua.

Bagi pertuduhan pertama, ketiga-tiga tertuduh didakwa memiliki kira-kira 4,200 gram racun mitragynine pada jam 8 malam, 6 Ogos lalu di sebuah premis tanpa nombor di Vista Seri Melalin, Tuaran.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa memiliki 4,250 gram lagi racun yang sama pada jam 8.30 malam di dalam sebuah lori yang diletakkan di hadapan premis berkenaan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh  didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan 1 Oktober depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga tertuduh terus direman sementara menunggu kes selesau.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nurul Shaferrah Mad Iskim mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Guna MyKad orang lain, warga Indonesia didenda RM5,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular