HomeSukanSUKMA XXII: Sabah rangkul emas boling padang men triplesĀ 

SUKMA XXII: Sabah rangkul emas boling padang men triplesĀ 

Read Time:1 Minute, 2 Second

KLANG : Kontinjen Negeri Sabah terus menambah koleksi pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 apabila muncul juara acara Boling Padang Men Triples selepas menewaskan Selangor 17-13 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Bayuemas Indoor Bowls, hari ini.

Trio Sabah yang dibarisi oleh Aiman, Azami dan Elldy mempamerkan aksi bertenaga serta semangat juang tinggi untuk memastikan peluang beraksi di pentas final tidak disia-siakan. 

Berdepan cabaran hebat daripada pasukan tuan rumah yang turut mengidamkan pingat emas, wakil Sabah berjaya mengekalkan rentak permainan yang konsisten sepanjang perlawanan.

Pertembungan sengit itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling memberi tekanan, namun ketenangan dan pengalaman yang dipamerkan oleh trio Sabah membolehkan mereka mengawal permainan pada saat-saat penting sebelum menamatkan saingan dengan kemenangan 17-13.

Walaupun hanya dipisahkan dengan empat mata, keputusan tersebut sudah memadai untuk menghadiahkan pingat emas kepada Sabah, sekali gus mengesahkan mereka sebagai juara acara Men Triples SUKMA Selangor 2026.

Kejayaan ini melengkapkan perjalanan cemerlang Aiman, Azami dan Elldy dalam acara tersebut serta menyumbang satu lagi pingat emas berharga buat Kontinjen Negeri Sabah yang terus memburu kecemerlangan di temasya kali ini.

Kemenangan ini sekali lagi membuktikan keupayaan atlet Sabah untuk bersaing di peringkat tertinggi dan mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

AWCL: Sabah FA sedia hadapi ujian lebih getir selepas belasah Rovers...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular