HomeUtamaChina Energy teroka peluang pelaburan di Sabah

China Energy teroka peluang pelaburan di Sabah

Read Time:29 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II Sabah merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, menerima kunjungan hormat daripada China Energy yang diwakili Naib Presiden CEIG (Malaysia), Yingfei Huang, di pejabatnya di sini, hari ini.

Dalam kunjungan itu, Masidi turut diberi taklimat mengenai perkembangan semasa, aktiviti serta perancangan China Energy di Sabah.

Masidi menzahirkan penghargaan atas kunjungan berkenaan dan menyambut baik usaha China Energy meneroka peluang pelaburan yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri.

Beliau berharap kerjasama dan penerokaan peluang pelaburan itu dapat memberi manfaat kepada Sabah serta memperkukuh hubungan ekonomi antara kedua-dua pihak.

RELATED ARTICLES
Utama

21 ‘scammer’ didenda berhubung pelaburan palsu

Anwar Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular