HomeUtama10 wanita Vietnam didenda atas kesalahan imigresen

10 wanita Vietnam didenda atas kesalahan imigresen

Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seramai 10 wanita warga Vietnam didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Seorang daripada mereka dikenakan denda keseluruhan RM42,000 selepas mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan tinggal lebih masa dan lapan pertuduhan memiliki pas lawatan sosial yang tidak teratur.

Bagi kesalahan tinggal lebih masa mengikut Seksyen 15(1)(c) akta berkenaan, wanita itu didenda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Dia turut didenda RM4,000 atau penjara empat bulan bagi setiap satu daripada lapan pertuduhan memiliki pas lawatan sosial yang tidak teratur mengikut Seksyen 56(1)(l) akta sama, menjadikan jumlah denda bagi lapan pertuduhan itu RM32,000.

Seorang lagi wanita yang melakukan kesalahan serupa didenda RM10,000 atau penjara enam bulan bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) serta RM4,000 atau penjara empat bulan bagi kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(l).

Sementara itu, empat wanita lain masing-masing didenda RM4,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda atas kesalahan memasuki Sabah tanpa pas atau permit yang sah mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama.

Tiga lagi masing-masing didenda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda atas kesalahan tinggal lebih masa mengikut Seksyen 15(1)(c).

Seorang lagi wanita berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) dibaca bersama Seksyen 64(4)(b).

Dia didenda RM10,000 atau penjara enam bulan bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan RM4,000 atau penjara empat bulan bagi kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dibaca bersama Seksyen 64(4)(b).

Kesemua mereka turut dirujuk semula kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan selanjutnya.

Kes didengar di hadapan Hakim Hurman Hussain, manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Imigresen Mohd Hairul Bona.

RELATED ARTICLES
Utama

Nahas 9M-LLF: CAAM sahkan helikopter terhempas berhampiran Long Lellang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular