HomeUtamaWanita DAP Gesa Minit Rasmi Lembaga Pengampunan Didedahkan

Wanita DAP Gesa Minit Rasmi Lembaga Pengampunan Didedahkan

Read Time:1 Minute, 16 Second

KUALA LUMPUR, : Wanita DAP menggesa kerajaan mendedahkan minit rasmi mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum bagi memberikan penjelasan penuh berhubung pertimbangan serta proses yang membawa kepada keputusan berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Wanita DAP , Teo Nie Ching berkata, langkah itu penting demi ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat.

“Demi kepentingan ketelusan dan akauntabiliti awam, Wanita DAP menggesa kerajaan mendedahkan minit rasmi mesyuarat Lembaga Pengampunan.

“Orang ramai berhak mendapat penjelasan sepenuhnya mengenai pertimbangan dan proses yang membawa kepada keputusan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Teo pada masa sama menyatakan sokongan terhadap keputusan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Beliau berkata, keputusan sebesar itu tidak dibuat dengan mudah selepas hampir tiga jam perbincangan mendalam dalam parti.

“Selepas tiga jam perbincangan intensif, keputusan sebesar ini bukan dibuat dengan mudah.

“Keberanian dan kebijaksanaan Anthony dalam membuat keputusan berani pada saat genting ini menggambarkan kepimpinannya dan turut mencerminkan prinsip yang sekian lama dipegang DAP,” katanya.

Terdahulu, Loke mengumumkan akan mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan berkaitan tahanan rumah Najib.

Loke berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selama hampir tiga jam bagi menentukan pendirian parti terhadap perkembangan berkenaan.

Bagaimanapun, peletakan jawatan itu hanya membabitkan Loke sebagai anggota Jemaah Menteri, manakala menteri, timbalan menteri serta pemegang jawatan kerajaan lain daripada DAP akan kekal dalam kerajaan.

DAP menjelaskan keputusan mengekalkan wakilnya yang lain dalam kerajaan dibuat bagi mengelakkan tindakan parti itu mencetuskan ketidakstabilan politik atau menjejaskan kedudukan kerajaan Persekutuan.

RELATED ARTICLES
Utama

Anthony Loke Tawarkan Peletakan Jawatan Menteri Pengangkutan Susulan Isu Tahanan Rumah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular