KOTA KINABALU : Keadaan jerebu di dua stesen pemantauan di Sabah kembali mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan terlibat adalah di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan Kota Kinabalu.
Stesen pemantauan PKK mencatatkan bacaan tertinggi iaitu dengan bacaan IPU 153 dan Kota Kinabalu 133.
Sementara empat lagi stesen pemantauan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana
Antara stesen terlibat adalah Tawau; Keningau; Sandakan dan Kimanis.
Stesen pemantauan Tawau mencatatkan IPU 78; Keningau 75; Sandakan 70 dan Kimanis 69.
Orang ramai di kawasan yang mencatatkan bacaan tidak sihat dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memperbanyakkan pengambilan air dan memakai pelitup muka yang sesuai bagi mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan pernafasan.



