HomeUtamaDua kawasan di Sabah kembali catat bacaan IPU tidak sihat

Dua kawasan di Sabah kembali catat bacaan IPU tidak sihat

Read Time:36 Second

KOTA KINABALU : Keadaan jerebu di dua stesen pemantauan di Sabah kembali mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan terlibat adalah di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan Kota Kinabalu.

Stesen pemantauan PKK mencatatkan bacaan tertinggi iaitu dengan bacaan IPU 153 dan Kota Kinabalu 133.

Sementara empat lagi stesen pemantauan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana

Antara stesen terlibat adalah Tawau; Keningau; Sandakan dan Kimanis.

Stesen pemantauan Tawau mencatatkan IPU 78; Keningau 75; Sandakan 70 dan Kimanis 69.

Orang ramai di kawasan yang mencatatkan bacaan tidak sihat dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memperbanyakkan pengambilan air dan memakai pelitup muka yang sesuai bagi mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan pernafasan.

RELATED ARTICLES
Utama

Ingkar arahan berhenti, Perodua Viva dikesan dan disita JPJ Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular