Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Seorang wanita didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, selepas mengaku bersalah cuai sehingga anjing peliharaannya terlepas dan menggigit seorang lelaki.
Majistret Dzul Elmy Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap Tracy Ho, 49, dan memerintahkannya dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Tracy pada 13 Mei lalu, kira-kira jam 6.50 petang di Taman BDC, cuai atau dengan sengaja meninggalkan anjing dalam peliharaannya sehingga mencederakan mangsa berusia 46 tahun.
Dia didakwa mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
diserang dan digigit pada betis kiri oleh seekor anjing milik Tracy Ho Shiaw Fong (tertuduh) yang terlepas keluar dari kawasan rumah. Pengadu mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I.
Berdasarkan fakta kes, mangsa diserang dan digigit pada betis kiri oleh anjing milik tertuduh yang terlepas keluar dari kawasan rumah.
Mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.
Siasatan mendapati tertuduh mengakui anjing berkenaan miliknya dan anjing sama pernah menggigit orang sebelum ini.
Pemeriksaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut mendapati anjing itu tidak berlesen ketika kejadian.
Berdasarkan keterangan dan laporan perubatan, mangsa didapati mengalami kecederaan akibat serangan dan gigitan anjing berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



