HomeUtamaKerjasama KPK, Sabah perkukuh sektor komoditi Ranau

Kerjasama KPK, Sabah perkukuh sektor komoditi Ranau

Read Time:55 Second

RANAU: Kerjasama erat antara Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Kerajaan Negeri Sabah serta komuniti setempat penting bagi memastikan sektor perladangan dan komoditi di daerah ini terus berkembang secara mampan.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Johari Suhaimin berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan keperluan dan cabaran yang dihadapi pengusaha komoditi di Ranau mendapat perhatian sewajarnya.

Beliau berkata, lawatan kerja Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ke Kampung Lipasu mencerminkan perhatian KPK terhadap pengusaha tembakau yang telah mengusahakan tanaman berkenaan secara turun-temurun sebagai sumber ekonomi penduduk setempat.

“Lawatan tersebut mencerminkan komitmen KPK untuk mendengar suara serta memahami dengan lebih dekat usaha dan cabaran yang dihadapi masyarakat, khususnya pengusaha tembakau di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Datuk Seri Masidi Manjun pada Lawatan Kerja ke kawasan tanaman tembakau di Kampung Lipasu, Ranau.

Johari turut merakamkan penghargaan kepada Noraini dan KPK atas perhatian yang diberikan kepada pengusaha tembakau di Ranau.

Beliau berharap kerjasama antara KPK, Kerajaan Negeri Sabah dan komuniti setempat dapat terus diperkukuh bagi memastikan sektor komoditi di Ranau berkembang secara mampan serta memberi manfaat kepada masyarakat.

RELATED ARTICLES
Utama

Bot pukat jerut bilis ditahan disyaki langgar syarat lesen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular