HomeUtamaLelaki didakwa bunuh ibu kandung di Tambunan

Lelaki didakwa bunuh ibu kandung di Tambunan

Read Time:55 Second

Oleh J Evachel John

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya.

Tertuduh, Elekson Langak, 31, yang dihadapkan di hadapan Majistret Flavian Edward Henry, memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya, namun tiada pengakuan direkodkan.

Pengakuannya akan direkodkan di Mahkamah Tinggi selepas kes berkenaan dipindahkan ke mahkamah itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh mangsa berusia 56 tahun pada 11 September kira-kira jam 2 petang di sebuah rumah sewa, Kampung Katagayan, Tambunan.

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan dibenarkan dan tertuduh direman mengikut Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah sementara menunggu kes selesai.
Mahkamah menetapkan 29 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Pegawai Pendakwa ASP Daniel Dominic mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 12 September lalu, media melaporkan seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh ibu kandungnya yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan akibat senjata tajam di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan sehari sebelumnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bunuh isteri, lelaki dipenjara 35 tahun dan 12 sebat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular