HomeUtamaLaporan Audit 2026 : Hanya empat daripada 35 pakej kerja siap setakat...

Laporan Audit 2026 : Hanya empat daripada 35 pakej kerja siap setakat Mac 2026

Read Time:1 Minute, 37 Second

KUALA LUMPUR :  Hanya empat daripada 35 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 telah disiapkan setakat 31 Mac 2026, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.

Menurut laporan yang diterbitkan, projek sepanjang 706 kilometer itu masih belum siap sepenuhnya selepas lebih 10 tahun dirancang sejak 2015. Perancangan asal pembinaan berlangsung dari 11 April 2016 hingga 31 Disember 2021.

Empat pakej yang siap ialah WP05, WP15, WP21 dan WP27. Daripada baki 31 pakej, sembilan dikategorikan sebagai projek sakit, 13 lewat jadual dan sembilan mendahului jadual.

Angka 11.4 peratus yang dinyatakan dalam laporan merujuk bahagian bilangan pakej yang siap, bukannya kemajuan fizikal keseluruhan lebuh raya.

Audit menyatakan kelemahan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan menyebabkan manfaat rangkaian perhubungan serta akses lebih selamat belum dapat dinikmati sepenuhnya.

Dalam pada itu melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) di dalam maklumblasnya mengakui pengambilan tanah yang belum selesai dan pengalihan utiliti yang rumit merupakan punca utama kelewatan.

Peralihan model pengurusan daripada Project Delivery Partner kepada kaedah konvensional turut memerlukan penyesuaian tatakelola dan pelantikan perunding baharu.

Sementara itu, tempoh penyiapan keseluruhan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 telah dilanjutkan hingga 2030 selepas mengambil kira lanjutan masa dan kontrak baharu, menurut LKAN 2/2026.

Perubahan itu termasuk pelantikan kontraktor baharu bagi WP35 pada 13 Januari 2026, dengan tarikh siap ditetapkan pada 26 Januari 2030.

Kontraktor tersebut menggantikan kontraktor terdahulu selepas Surat Setuju Terima dibatalkan pada 4 Julai 2025. Tarikh siap asal WP35 ialah 10 Oktober 2028.

Setakat 31 Mac 2026, sebanyak 73 lanjutan masa atau EOT telah diluluskan bagi projek Fasa 1, terdiri daripada 66 bagi Fasa 1A dan tujuh bagi Fasa 1B.

Jumlah tempoh lanjutan mengikut pakej Fasa 1A adalah antara 720 hingga 2,191 hari, manakala Fasa 1B antara 144 hingga 501 hari.

Antara faktor yang menyebabkan lanjutan ialah pengalihan utiliti, pengambilan tanah, perubahan kerja dan kesan Perintah Kawalan Pergerakan.

Audit turut menyatakan kelewatan Fasa 1 menyebabkan pembinaan Fasa 2 dan Fasa 3 masih belum dimulakan ketika pengauditan.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Konvensyen GRS 2026 di Kudat 18 Oktober ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular