HomeUtamaTun Musa sertai Latihan Menembak Kompetensi 5 Divisyen

Tun Musa sertai Latihan Menembak Kompetensi 5 Divisyen

Read Time:48 Second

KOTA BELUD: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menyertai Latihan Menembak Kompetensi Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen) di Lapang Sasar Kem Paradise, di sini, pada Khamis.

Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor Jaafar berkata, penyertaan Tun Musa dalam latihan berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada beliau mengenai peranan, tahap kesiapsiagaan serta keupayaan aset pertahanan yang dimiliki Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, ia juga memberi gambaran mengenai keupayaan ATM dalam mendukung usaha memperkukuh pertahanan dan keselamatan, khususnya di Sabah.

“Latihan ini turut menjadi platform bagi mempertingkatkan kompetensi dan kemahiran pengendalian persenjataan, selain memastikan tahap kesiapsiagaan anggota sentiasa berada pada tahap optimum dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya.

Dalam sesi berkenaan, Tun Musa turut diberikan taklimat berkaitan peralatan ketenteraan serta berkesempatan menaiki kenderaan ketenteraan sebelum menyertai sesi latihan menembak.

Turut hadir, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah; Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jiton serta Panglima-panglima Formasi di bawah naungan 5 Divisyen.

RELATED ARTICLES
Utama

New Age Movement dalam radar pemantauan pihak berkuasa agama Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular