HomeUtama27 warga asing dipenjara, didenda atas kesalahan imigresen

27 warga asing dipenjara, didenda atas kesalahan imigresen

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Seramai 27 warga asing dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pelbagai kesalahan imigresen.

Daripada jumlah itu, seramai 24 warga Filipina yang terdiri daripada 17 lelaki dan tujuh wanita masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki Sabah tanpa pas atau permit yang sah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, dua lelaki warga Pakistan masing-masing didenda RM4,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda bagi kesalahan yang sama.

Seorang daripada warga Pakistan berkenaan turut didenda RM500 atau penjara tiga bulan kerana melanggar syarat pas yang dikeluarkan kepadanya, mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Manakala, seorang lagi lelaki warga Filipina dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki Sabah tanpa permit yang sah, selain penjara enam bulan mengikut Seksyen 36 akta sama kerana memasuki semula Sabah selepas diusir keluar.

Kesemua kes didengar di hadapan Hakim Hurman Hussain, manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kamrul Md Yusof.

Kesemua tertuduh dirujuk semula kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Penduduk Pulau Banggi puji tahap keselamatan, mahu hubungan feri diperkasa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular