HomeUtamaBekas pembantu pegawai pelabuhan bebas tuduhan pemalsuan dokumen

Bekas pembantu pegawai pelabuhan bebas tuduhan pemalsuan dokumen

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Seorang bekas pembantu pegawai pelabuhan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, daripada pertuduhan pemalsuan dokumen bagi tujuan menipu.

Hakim Elsie Primus melepas dan membebaskan Osman Adi, 63, selepas perbicaraan penuh.

Dalam keputusannya, Elsie berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan semua elemen penting pertuduhan terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.

Sehubungan itu, mahkamah berpendapat adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh atas pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Osman didakwa dengan curangnya menandatangani suatu dokumen palsu sebagai tulen, iaitu Lesen Kapal Kecil Berlesen Sabah atas nama sebuah syarikat bagi penambahan penumpang melebihi 12 orang pada 2018.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS), Kota Kinabalu, pada 17 Januari 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Seramai 12 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Joe Randy Juster, manakala Osman yang kini merupakan pesara diwakili peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah.

RELATED ARTICLES
Utama

Status bebas cukai Labuan hanya atas kertas, tarikan pengunjung semakin terhakis...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular