HomeUtamaGempa bumi magnitud 3.0 berlaku di Ranau

Gempa bumi magnitud 3.0 berlaku di Ranau

Read Time:29 Second

RANAU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.0 berlaku di Ranau, Sabah, pada jam 12.56 pagi Isnin.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan gempa itu berlaku pada koordinat 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, kira-kira 14 kilometer Barat Laut Ranau.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Menurut MetMalaysia, gegaran mungkin dirasai di sekitar Ranau.

MetMalaysia turut memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan susulan kejadian gempa bumi itu.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik menerusi pautan https://forms.gle/c8it1BhFspHygRYA9 bagi membantu pengumpulan maklumat berkaitan kejadian berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pupuk kesedaran pemuliharaan hidupan liar sejak kecil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular