HomeUtamaCOVID-19 : Kluster Libatkan Institusi Pendidikan Dikesan Di Tambunan

COVID-19 : Kluster Libatkan Institusi Pendidikan Dikesan Di Tambunan

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan satu kluster baharu membabitkan Institusi Pendidikan yang diisytiharkan di daerah Tambunan melibatkan seorang pelajar asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan disini hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata,  Kluster Jalan Kepayan Lama itu melibatkan kes indeks berusia 18 tahun yang didapati positif selepas menjalani ujian kendiri COVID-19.

“Kluster baharu yang dinamakan Kluster Jalan Kepayan Lama telah diisytiharkan di Tambunan melibatkan Institusi Pendidikan dan kes indeks adalah seorang pelajar asrama SMK Tambunan yang berusia 18 tahun dan didapati positif setelah menjalani ujian kendiri dan ujian pengesahan COVID-19 kerana bergejala.

“Saringan seterusnya telah dibuat keatas kontak rapat iaitu dikalangan rakan-rakan satu asrama telah mendapati 34 orang lagi didapati positif,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, siasatan lanjut yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menunjukkan setakat ini jangkitan dan penularan virus terhad dikalangan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama yang sama.

Katanya, semua pelajar yang terlibat telahpun diasingkan untuk rawatan yang sesuai.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 di Sabah bertambah baik hari ini dengan merekodkan jumlah kes baharu sebanyak 213 kes dengan penurunan 52 kes berbanding semalam.

Katanya, Kota Kinabalu mencatatkan 47 kes baharu dengan penyusutan 23 kes berbanding jumlah semalam tetapi kekal penyumbang kes harian tertinggi di negeri ini.

“Daerah Tambunan menjadi penyumbang kedua tertinggi hari ini dengan 36 kes, di mana 34 daripada kes tersebut datang daripada satu kluster baharu, Kluster Jalan Kepayan Lama.

“Sebanyak 209 daripada 213 kes yang direkodkan adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat empat kes dalam Kategori 3, manakala tidak ada kes dalam Kategori 4 dan 5,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Empat wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya