HomeUtamaHubungan Baik Kerajaan Persekutuan, Negeri Amat Penting Bagi Pastikan Kebajikan Rakyat Terjaga

Hubungan Baik Kerajaan Persekutuan, Negeri Amat Penting Bagi Pastikan Kebajikan Rakyat Terjaga

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA MARUDU: Penyaluran segera bantuan kewangan dan bantuan lain untuk disalurkan kepada mangsa terjejas banjir disini adalah hasil hubungan rapat antara Kerajaan Sabah dan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, ia adalah penting bagi memastikan masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat khususnya di negeri ini terus didengari.

“Dalam pengurusan banjir dan bencana, Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa tertinggi, dari segi perkhidmatan dan penyaluran bantuan kewangan melalui agensi berkaitan. 

“Antaranya adalah melalui penyaluran bantuan tunai RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah (KIR) yang disalurkan hanya dalam tempoh tiga minggu,” katanya pada program penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Komuniti Kota Marudu, disini hari ini.

Maximus berkata, sebanyak 1,161 KIR yang terjejas banjir baru-baru ini, dengan 332 daripadanya telah disalurkan bantuan kewangan, manakala baki 829 lagi menerima bantuan mereka, hari ini.

Katanya, kira-kira RM1.4 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk meringankan beban mangsa banjir berikutan banjir yang berlaku di enam negeri, termasuk Sabah.

Menurutnya, melalui bantuan yang disalurkan, setiap satu isi rumah boleh menerima antara RM10,000 hingga RM61,000, bergantung kepada jumlah kerugian harta benda yang mereka alami.

“Selain daripada bantuan tunai ihsan, kerajaan juga menawarkan turut menawarkan pelbagai bantuan lain,” katanya.

Sementara itu, Maximus berkata, Pejabat Daerah di sini telah menganggarkan kira-kira RM46 juta jumlah kerosakan akibat banjir baru-baru ini, yang mana kerajaan telah meluluskan peruntukan RM24 juta untuk kerja-kerja pembaikan.

“Bakinya masih belum selesai dan akan diluluskan selepas pengesahan semula oleh agensi berkaitan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya