HomeEkonomiMITI fokus kekalkan Malaysia jadi destinasi pelaburan terbaik

MITI fokus kekalkan Malaysia jadi destinasi pelaburan terbaik

Read Time:1 Minute, 43 Second

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kekal fokus untuk mecari peluang dalam bidang pertumbuhan baharu, menjalin kerjasama lebih erat bersama industri bagi meningkatkan kemahiran serta menarik lebih banyak pelaburan strategik dalam usaha mengekalkan kedudukan malaysia sebagai destinasi pelaburan asing paling menarik.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata laporan Indeks Peluang Global (GIO) Milken Institute 2022 yang meletakkan Malaysia sebagai negara paling menarik bagi pelaburan asing di Asia Tenggara mencerminkan kejayaan usaha besar MITI untuk melaksanakan dasar memastikan bakat tersedia selain mewujudkan pekerjaan untuk ekonomi.

Beliau berkata, laporan itu juga menjelaskan bahawa Malaysia mengambil langkah untuk melonggarkan sekatan dan menggubal dasar untuk memanfaatkan pembangunan perdagangan, sekali gus membantu negara ini berada di kedudukan pertama dalam indeks berkenaan.

Katanya, langkah sedemikian menjadi pencetus untuk membawa negara ini ke aras pertambahan inovasi, penciptaan pekerjaan dan daya saing global.

“Ini dicerminkan oleh komitmen kita untuk mengukuhkan rangka kerja institusi dan memperdalamkan integrasi serantau menerusi perjanjian perdagangan bebas (FTA) mega seperti Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang akan diratifikasi tidak lama lagi.

“MITI akan meneruskan usaha untuk memacu pertumbuhan Malaysia yang mantap dan mampan, disokong oleh ekonomi bebas, dengan dasar mesra perniagaan serta pragmatik yang menghasilkan iklim pelaburan menarik dan kondusif,” katanya dalam satu kenyataan.

Laporan GIO menyaksikan Malaysia mengatasi negara Asia Tenggara baharu muncul lain untuk dinamakan sebagai destinasi pelaburan asing paling menarik di rantau ini.

Berdasarkan indeks itu, Malaysia mendapat kedudukan paling tinggi di rantau ini disebabkan prestasinya yang kukuh merentasi semua kategori yang diukur.

Malaysia, Thailand dan Indonesia menduduki tempat teratas di Asia Tenggara yang baharu muncul, manakala Vietnam dan Filipina melengkapkan lima negara teratas di Asia Tenggara yang baharu muncul, mengikut susunan indeks

Azmin berkata, pencapaian itu adalah bukti kepada keazaman, komitmen dan daya proaktif kerajaan untuk membantunkan dasar yang mantap serta secara berterusan memacu pembaharuan domestik yang akhirnya melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.

“Ia jelas membuktikan keyakinan kukuh pelabur asing terhadap ekosistem perniagaan kita yang tangkas dan ekonominya yang bertenaga,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular