HomeUtamaMSS Teruskan Misi Bantu Warga Borneo Terjejas Banjir di Shah Alam dan...

MSS Teruskan Misi Bantu Warga Borneo Terjejas Banjir di Shah Alam dan Klang

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh YUSOF MOHAMAD

SHAH ALAM: Momogun Society of Sabah (MSS) terus prihatin kepada warga Borneo yang terjejas musibah banjir besar tahun lalu dan sekali lagi mengerakkan misi bantuan kepada mangsa yang berada di sekitar Shah Alam dan Klang baru-baru ini.

Timbalan Presiden MSS Merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Edward Sindam berkata, seramai 124 penerima bantuan jenis barang makanan, barang keperluan dan peralatan murid sekolah seperti uniform sekolah, kasut dan alat tulis telah diagihkan kepada warga Borneo yang terkesan dengan musibah banjir.

Antara warga Borneo yang terjejas banjir menerima bantuan barang keperluan dan makanan.
Antara warga Borneo yang terjejas banjir menerima bantuan barang keperluan dan makanan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana terus menyalurkan bantuan makanan, juga kepada kerajaan pemimpin persekutuan khasnya Datuk Arthur Joseph Kurup dan juga Datuk Hanifah Hajar Taib kerana telah membantu memberi sumbangan dana bagi tujuan membantu mangsa banjir khasnya penduduk Borneo yang berada di sini.

“Ucapan terima kasih juga kepada Beatrice Paul dan pasukan serta pasukan barisan hadapan MSS kerana sentiasa berkerjasama dalam pergerakan misi-misi bantuan kepada mereka yang sangat memerluka dan turut serta menghulurkan sumbangan,”katanya.

Edward berkata, MSS akan membantu bukan setakat di sini malah akan terus membantu sekiranya menerima laporan-laporan dari ahli jawatankuasa MSS mahupun individu yang terus berhubung dengan persatuan.

Beliau turut berterima kasih kepada kelab Team Truckers dan PSP kerana turut sama berkerjasama membantu MSS mengenal pasti warga Borneo yang terkesan dengan musibah banjir.

RELATED ARTICLES
Utama

IKMa komited bimbing koperasi dalam penggunaan teknologi AI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular