HomeIsu tempatanESSCOM Patahkan Kegiatan Kumpulan Ajaran Wali Tujuh

ESSCOM Patahkan Kegiatan Kumpulan Ajaran Wali Tujuh

Read Time:1 Minute, 27 Second

KINABATANGAN: Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah mematahkan kegiatan kumpulan “Ajaran Wali Tujuh” dipercayai ajaran yang meragukan dalam satu serbuan di salah sebuah rumah pekerja Ladang Bukit Kertam, Kota Kinabatangan dekat sini pada Selasa malam. (1 Feb)

Menurut kenyataan Komander ESSCOM, Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Hamzah Ahmad, dalam serbuan tersebut, seramai tiga individu yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditangkap dan ditahan untuk siasatan lanjut oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan ajaran meragukan “Wali Tujuh”.

Visual Ajaran Wali Tujuh. – Video dan foto Ihsan ESSCOM

“Hasil pemeriksaan ke atas individu-individu terbabit mendapati mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah di bawah seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

“Beberapa barang peribadi milik salah seorang individu terbabit antaranya kalendar putikaan, pisau, senjata jenis lastik dan pelbagai jenis tangkal telah dirampas,” katanya.

Barang yang dirampas semasa serbuan oleh pihak ESSCOM.
Barang yang dirampas semasa serbuan oleh pihak ESSCOM.
Barang yang dirampas semasa serbuan oleh pihak ESSCOM.
Barang yang dirampas semasa serbuan oleh pihak ESSCOM.

Dalam pada itu, Hamzah dalam kenyataannya hari ini turut menyatakan, berdasarkan risikan awal, kumpulan ini diketuai oleh seorang guru dengan dibantu dua individu dan mula bergiat aktif sejak tiga bulan lalu dengan membawa ajaran ilmu batin dan kebal yang telah berkembang pantas serta menarik minat penyertaan pekerja ladang khususnya warga asing di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan.

Katanya, setakat ini, kumpulan tersebut mempunyai seramai 20 orang pengikut terdiri daripada warga asing yang merupakan pekerja ladang di sekitar daerah tersebut.

“ESSCOM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran atau dakyah baharu yang boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat setempat.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang sengaja mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan di ESS Zone,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya