HomeUtamaRakyat Indonesia Di Sabah Diseru Patuh SOP

Rakyat Indonesia Di Sabah Diseru Patuh SOP

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Rakyat Indonesia yang berada di negeri ini diseru untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu Rafail Walangitan berkata, pematuhan tersebut sangat penting bagi menangani jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini.  

“Di Sabah terdapat seramai 167,000  warga Indonesia yang berdaftar bekerja di sini, virus ini tidak mengenal suku, agama, umur dan sesiapa pun mudah dijangkiti. 

“Dengan jumlah yang banyak ini, kita harus mematuhi protokol kesihatan yang telah ditetapkan bagi menjaga diri sendiri demi kepentingan keluarga dan juga masyarakat.  Kami berharap pandemik dan ekonomi kembali segera pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pihak KJRI mengadakan anjuran protokol kesihatan bagi memastikan SOP sentiasa dipatuhi oleh warga Indonesia. 

Beliau yang memulakan tugas pada 14 Februari lalu, mengambil alih tugas Pemangku KJRI, Muhammad Muhsinin Dolisada. 

Hadir menemani beliau pada kunjungan berkenaan ialah isterinya, Oryza Sativa, Konsul Bahagian Pendidikan Sosial dan Budaya, Debbi Oktarossa, Konsul Fungsi Konsuler II, Renny Meirina dan Konsul Fungsi Ekonomi I, Muhammad Muhsinin.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya