HomeUtamaSimulasi khas persediaan terima pelancong di KKIA

Simulasi khas persediaan terima pelancong di KKIA

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Sabah telah mengadakan simulasi khas sebagai persediaan menerima kedatangan pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, hari ini.

Pemain industri pelancongan dan pihak penguatkuasa terlibat dalam simulasi tersebut untuk mengenal pasti sebarang kesukaran yang bakal berlaku sebelum ketibaan pelancong sebenar apabila sempadan negara dibuka semula pada 1 April ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, turut hadir untuk memerhati proses sepanjang simulasi itu.

“Hari ini, saya berpeluang untuk melihat keadaan simulasi dan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) bagi ketibaan pengunjung. Kita menjangkakan kehadiran pelancong yang ramai di KKIA, minggu depan.

“Latihan simulasi ini sangat penting bagi membolehkan kita mengukur tahap kesediaan pelbagai pihak yang terlibat dan membuat penambahbaikan di mana yang perlu,” katanya.

Turut hadir adalah Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin; Pengarah Imigresen Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof; dan Pengurus Kanan KKIA, Sunif Naiman.

Joniston berkata wakil persatuan berkaitan pelancongan yang hadir semasa simulasi itu telah berkongsi input penambahbaikan.

Antara penambahbaikan kritikal ialah pelawat antarabangsa hanya diperlukan untuk menjalani ujian air liur untuk saringan COVID-19 dan bukan ujian RTK-antigen seperti yang diputuskan sebelum ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular