HomeUtama63 Penduduk Kampung Mukim Serusup Hadiri Program Anjuran LPPKN

63 Penduduk Kampung Mukim Serusup Hadiri Program Anjuran LPPKN

Read Time:35 Second

TUARAN: Seramai 63 penduduk kampung dari Mukim Serusup, Pinambawan dan Kindu menghadiri program Jerayawa Keluarga Malaysia Smart Belanja yang dianjurkan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPKN) di Dewan Terbuka Masjid Haji Noor di Kampung Serusup, di sini pada Sabtu.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Juliah yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) bersama ahlinya turut diberi penerangan mengenai fungsi dan tugas Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar semasa lawatan mereka ke gerai pameran sempena program itu.

Seterusnya, beliau menyampaikan sijil kepada para peserta program Jerayawa Keluarga Malaysia Smart Belanja.

Turut hadir dalam majlis itu, Penolong Pengarah Kanan LPPKN Sabah Suzma Khairisti Mamat.

RELATED ARTICLES
Utama

Saya serahkan kepada pihak berwajib – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular