Lima projek pembangunan diluluskan di Tamparuli

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 39 Second

TAMPARULI : Sebanyak lima projek pembangunan berjumlah RM980,000 diluluskan untuk dilaksanakan di daerah kecil Tamparuli.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia termasuklah membaik pulih dan menaik taraf sambungan elektrik serta pemasangan jana kuasa di Dewan Tun Hamdan disini.

“Pada hari ini saya mengadakan lawatan kerja ke daerah kecil Tamparuli dimana ini adalah lawatan saya ke daerah-daerah seluruh Sabah dan selepas ini saya akan mengatur lebih banyak lagi lawatan ke daerah di Sabah.

“Sempena lawatan ini,saya telah meluluskan sebanyak lima projek pembangunan di sini termasuk membaik pulih atau pemasangan jana kuasa baru untuk Dewan Tun Hamdan Tamparuli dengan kos sebanyak RM250,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah kecil Tamparuli disini hari ini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Dtauk Jahid Jahim dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Hajiji berkata, selain dari projek pembangunan, kerajaan akan turut memastikan aktivit ekonomi dapat dijalankan semula selepas 1 April akan datang.

“Banyak aktivit-aktiviti tidak dapat dijalankan kerana penularan COVID-19 di negeri kita.  Kita mahu rancakakkan aktiviti ekonomi untuk rakyat selepas 1 April ini,” katanya.

Pada lawatan kerja itu, Hajiji turut merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Mahkamah Anak Negeri Tamparuli bernilai RM1.5 juta.

Selain itu, Hajiji turut melawat Jambatan Gantung Tamparuli yang terkenal di negeri ini selain melihat persembahan muzik kebudayaan dari Persatuan Seni Budaya Tuaran sebelum melihat Mural di penghujung Jambatan Gantung berkenaan.

Hajiji memuji inisiatif menjadikan jambatan ikonik itu lebih menarik kepada pengunjung menerusi pesembahan kebudayaan dan lukisan mural.

“Pelawat datang dari seluruh dunia untuk melihat Jambatan Tamparuli yang sangat ikonik. Persembahan tarian serta lukisan mural akan memberi nilai tambah dan kenangan buat mereka,” katanya.

Hajiji menandatangani plak pembukaan rasmi trek sejauh 800 Meter di Bukit Perahu

Selain itu, Hajiji turut menandatangani plak pembukaan rasmi trek sejauh 800 meter di Bukit Perahu di Kampung Ruhiang, yang telah dinaik taraf dengan pembiayaan daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *