HomeUtamaTamparuli berpotensi dibangunkan sebagai sebuah destinasi pelancongan di Sabah - Hajiji

Tamparuli berpotensi dibangunkan sebagai sebuah destinasi pelancongan di Sabah – Hajiji

Read Time:54 Second

TAMPARULI : Daerah ini yang terkenal dengan Jambatan Gantung Tamparuli selain beberapa produk pelancongan lain berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai sebuah destinasi pelancongan di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia sekali gus mampu merancakkan lagi ekonomi penduduk di daerah berkenaan khususnya para peniaga tempatan.

“Tamparuli ini adalah satu daerah kecil yang banyak potensi pelancongan yang boleh menarik para pelancong datang.

“Antaranya, seperti Bukit Perahu dan Jambatan Gantung Tamparuli serta banyak lagi aktiviti pelancongan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah kecil Tamparuli disini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Hajiji berkata, produk pelancongan sedia ada di daerah berkenaan perlu terus dirancakkan dan dimajukan bagi memberi pulangan hasil tambahan kepada rakyat khususnya penduduk tempatan.

“Menerusi aktiviti pelancongan ini, ianya banyak memberi faedah kepada yang lain, sebagai contoh kepada peniaga ikan,sayur, pengangkutan dan lain-lain lagi.

“Jadi inilah yang kita harapkan, banyak tempat di Tamparuli yang boleh dibangunkan untuk pelancongan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya