HomeUtamaHajiji Terima Kunjungan Hormat MCCC-YEC Cawangan Sabah

Hajiji Terima Kunjungan Hormat MCCC-YEC Cawangan Sabah

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Dewan Perniagaan Cina Malaysia -Jawatankuasa Usahawan Muda (MCCC-YEC) Cawangan Sabah (Malaysia Chinese Chamber of Commerce – Young Entrepreneurs Committee (MCCC-YEC) Sabah Branch) di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

MCCC-YEC Sabah diketuai oleh pengerusi baharunya, Ar.James Wong Kein Peng.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi, Shawn Tan, Naib Pengerusi, Wong Oi Yee dan Lim Eng Ming, Bendahari, Terrance Sak Yaw San, Setiausaha Agung, Yee Tsai Yiew dan ahli jawatankuasa lain.

Hajiji berharap golongan professional termasuk usahawan muda dapat bersama-sama membantu Kerajaan Negeri GRS-BN menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Sokongan dan penglibatan usahawan muda dan professional amat penting dan dialu-alukan dalam membantu usaha kerajaan membangunkan negeri Sabah.

“Golongan muda perlu terlibat secara langsung dalam merealisasikan Hala Tuju SMJ kerana SMJ adalah untuk rakyat dan Negeri”, katanya.

James dan jawatankuasanya juga menzahirkan sokongan kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri diatas usaha gigih dan komitmen menjayakan Hala Tuju SMJ dan membangun negeri Sabah.

James dipilih menerajui MCCC-YES Cawangan Sabah dalam pemilihan baru-baru ini menggantikan Datuk Dexter Lau yang dilantik sebagai mentor/penasihat.

James Wong Kein Peng, merupakan anak kepada Ar. Francis Wong yang mempunyai sejarah perkhidmatan awam yang panjang dengan MPKK dan DBKK sepanjang tempoh perkhidmatannya.

RELATED ARTICLES
Utama

Restoran dan penginapan pekerja pusat peranginan di Semporna musnah terbakar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya