KOTA BELUD : Seramai 100 penduduk di sekitar Kampung Tawadakan disini menghadiri Program Iftar atau berbuka puasa anjuran Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) bertempat di Masjid Al-Asdi Kampung Tawadakan disini semalam.
Program itu dianjurkan menerusi pejabat Zon Pantai Barat Utara Kumpulan Yayasan Sabah.
Pada majlis itu, Kumpulan Yayasan Sabah turut menyampaikan sumbangan kepada Masjid Al-Asdi yang telah disampaikan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah Hanafiah Diman yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah.
Program berbuka puasa Kumpulan Yayasan Sabah merupakan salah satu program yang diadakan setiap tahun yang bertujuan untuk memberikan sumbangan kebajikan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Ia termasuklah menyediakan bahan makanan khasnya untuk golongan yang memerlukan di samping memupuk silaturahim antara Kumpulan Yayasan Sabah dan masyarakat.